Bayangkan selepas tujuh minggu berturut-turut mereka melontarkan suara pada nada tinggi, selaraskan vokal dengan gerak tari dan tampil tampan atau cantik menawan di pentas peraduan realiti All Stars Gegar Vaganza, tahu-tahu mereka diberi tugasan mendendangkan lagu kelakar atau yang dijadikan bahan gurauan.
Tugasan bagi konsert minggu kelapan itu sengaja dipilih ketua juri, Datuk Ramli MS, bagi membolehkan peserta menghayati sepenuh...





