KLUANG: Sebuah bas ekspres yang membawa 11 penumpang, terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Renggam di sini, awal pagi Sabtu.
Kemalangan di Kilometer 51 arah selatan di lebuhraya itu, dilaporkan pada 4.43 pagi, kata komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Renggam, Encik Shoromi Salih.





