Lebih 200,000 kamera polis akan dipasang di lebih banyak tempat menjelang 2035, selepas Pasukan Polis Singapura (SPF) menawarkan tender pada 30 Oktober untuk meluaskan pemasangannya ke seluruh Singapura.
Kamera-kamera ini, yang dipanggil PolCam, akan dipasang di kawasan komersial, hiburan dan rekreasi yang dikunjungi orang ramai dan tempat orang ramai berkumpul termasuk di perhentian bas, berhampiran stesen MRT dan pusat tukaran...





