Setakat 12 tengah hari Jumaat, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah mengumpulkan $3,277,511 sejak hari pertama pengumpulan derma untuk bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Jaluran Gaza bermula pada 18 Oktober lalu.
Pelbagai pertubuhan setempat – termasuk badan agama lain – menyumbang lebih $126,000 bagi menyokong Acara Sokongan Organisasi bagi Kempen Bantuan Kemanusiaan untuk Gaza RLAF yang berlangsung di Masjid...





