Walaupun usianya kian meningkat, Cik Fatimah Abdul Rahiman, 68 tahun, tetap meluangkan masa sejam setiap hari untuk menghiburkan warga emas di Pusat Penuaan Aktif Jia Ying (JY AAC) yang terletak di Blok 25 Hougang Avenue 3.
Untuk kekal aktif, Cik Fatimah sering melakukan senaman ringan di kawasan dekat rumahnya di Hougang, dan di situlah beliau berpeluang berkenalan dengan warga emas...





