ABU KAMAL (Syria): Dua jet pejuang Amerika Syarikat, menyerang kemudahan senjata dan peluru di Syria pada Jumaat, sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas tentera Amerika oleh militia yang disokong Iran ketika kebimbangan semakin meningkat bahawa konflik Israel-Palestin mungkin merebak di Timur Tengah.
Presiden Amerika, Encik Joe Biden mengarahkan serangan ke atas dua kemudahan yang digunakan oleh Polis Pengawal Revolusi...





