Dengan semangat waja seorang ‘otai’, bintang All Stars Gegar Vaganza, Ayai Illusi, melontarkan suaranya sebaik mungkin bagi lagu kumpulan Ekamatra, Pusara Di Lebuhraya, di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu.
Sejak beberapa hari sebelum pusingan kelima peraduan realiti Astro itu, Ayai atau nama sebenarnya, Zaharuddin Kamaruddin, 62 tahun, memang terasa tidak selesa apabila menarik suara pada nada tinggi....





