Lima hari selepas tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah umrah, seorang pesakit barah Singapura berusia 69 tahun meninggal dunia pada 25 September.
Allahyarhamha Rasiah Pegi, yang didiagnosis menghidap sejenis barah resdung tahap empat sejak Jun 2022, menghembuskan nafas terakhirnya lepas subuh di bilik hotelnya dan dikebumikan di perkuburan Al Sharayea di Makkah selepas zuhur.





