JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) mengumumkan bahawa terdapat penurunan titik panas yang diperhatikan di enam wilayah utama, sepanjang minggu kedua Oktober 2023, dari 8 hingga 14 Oktober.
“(Titik panas) berkurang sebanyak 47.2 peratus pada minggu kedua Oktober, daripada 60,376 titik kepada 31,883 titik,” kata Encik Abdul Muhari, Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, pada awal minggu ini.





