JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, memastikan pelabur China yang melabur di Indonesia adalah selamat dan terjamin, walaupun menjelang pilihan raya umum 2024.
“Kami telah menyediakan insentif dan mengekalkan kestabilan sosial dan politik,” kata Encik Jokowi semasa menghadiri Forum Perniagaan Indonesia-China pada Isnin, seperti dipetik daripada kenyataan akhbar Biro Akhbar Istana Presiden.





