GAZA: Krisis kemanusiaan dijangka kian meruncing setelah Israel mengeluarkan amaran terkini pada Ahad menggesa penduduk Gaza supaya berpindah dan menyaksikan beribu-ribu penduduk bergegas ke selatan.
Israel sekali lagi memberi amaran pemindahan ketika konflik semakin memuncak, dengan tentera Israel bersiap sedia menyerang dengan puluhan ribu askar diarahkan pada Ahad untuk menawan Kota Gaza dan memusnahkan kepimpinan kumpulan Hamas yang dipercayai berada...





