NEW YORK: Para penyokong Israel dan penyokong perjuangan Palestin mengadakan perhimpunan di beberapa bandar raya utama dunia di Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Canada, Jerman dan Afrika Selatan berhubung konflik yang telah membunuh ratusan dan mencederakan ribuan orang.
Di bandar New York, pergaduhan tercetus antara penunjuk perasaan yang bertentangan berhampiran perkarangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas sekumpulan besar penyokong Palestin berhimpun...





