KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah mengenakan tindakan buang tugas kepada 69 daripada keseluruhan 804 pegawai dan anggotanya yang melakukan pelbagai kesalahan tatatertib sejak bulan Januari hingga Ogos 2023.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata daripada 804 kes itu, 475 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan amaran.





