Mempunyai rancangan peralihan kepimpinan yang baik adalah penting bagi Singapura untuk memastikan kesinambungan dan kestabilan dasar negara, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.
Ini adalah antara panduan ditetapkan mantan Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, yang terbukti berkesan untuk negara ini dan pendekatan serupa diteruskan oleh pemerintah sekarang.





