KUALA LUMPUR: Sama ada benar atau tidak pengilang memanipulasi bekalan beras tempatan dengan menukar kampit kepada beras import bakal terjawab selepas Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjalankan analisis kimia ke atas sampel stok beras di pasaran.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata analisis kimia itu akan membabitkan sampel stok beras di setiap premis dalam rantaian industri bekalan barangan itu.





