BINTULU (Sarawak): Seorang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di sini maut selepas ditimpa tiang gol ketika melakukan aktiviti kokurikulum pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit, berkata murid lelaki Sekolah Kebangsaan St Anthony itu cedera parah di kepala akibat ditimpa palang gol besi tersebut dalam kejadian sekitar 7.25 pagi.





