SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Murid Sarawak, 11 tahun, maut ditimpa palang gol

Murid Sarawak, 11 tahun, maut ditimpa palang gol

Sep 30, 2023 | 1:29 PM

Murid Sarawak, 11 tahun, maut ditimpa palang gol

GAMBAR HIASAN: Seorang murid di Malaysia maut setelah ditimpa palang gol.
GAMBAR HIASAN: Seorang murid di Malaysia maut setelah ditimpa palang gol. - Foto PEXELS

BINTULU (Sarawak): Seorang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di sini maut selepas ditimpa tiang gol ketika melakukan aktiviti kokurikulum pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit, berkata murid lelaki Sekolah Kebangsaan St Anthony itu cedera parah di kepala akibat ditimpa palang gol besi tersebut dalam kejadian sekitar 7.25 pagi.

“Mangsa dihantar ke Hospital Bintulu dan diberikan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” katanya, sambil menambah bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar berhubung kes itu. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg