Menjelang 2024, duta pelajar di semua maktab rendah akan menjalani bengkel menentang radikalisasi untuk membantu mereka mengenal pasti ancaman keganasan dalam kalangan belia.
Bengkel itu, yang dikendali dengan bantuan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), adalah sebahagian daripada usaha melindungi golongan muda daripada risiko radikalisasi dalam talian yang kian berkembang, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada Jumaat.





