Kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja menjejas isi rumah, tetapi juga perniagaan, kata Encik Azhar Othman, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).
Walaupun pemerintah telah memberikan subsidi dan sokongan kepada perniagaan untuk membantu mereka mengharungi peningkatan kos sara hidup, langkah ini mungkin tidak mencukupi, terutamanya untuk perniagaan kecil dan sederhana (SME).





