Sebuah gerai menjual makanan India Muslim di Jurong West, Amin Mee Goreng Stall, telah digantung operasinya selama dua minggu dari 19 September hingga 2 Oktober.
Mengumumkan demikian di laman webnya, Agensi Makanan Singapura (SFA) menerangkan ini kerana gerai itu gagal memastikan premisnya bebas daripada infestasi dan gagal mendaftarkan pembantunya.





