Pemerintah akan menerbitkan satu kertas konsultasi mengenai rangka kerja perkongsian kerugian secara saksama bagi penipuan kewangan, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, pada Isnin.
Rangka kerja itu, yang bertujuan menggariskan bagaimana kerugian akibat penipuan harus dikongsi antara para pengguna dan institusi kewangan, pertama kali diumumkan pada Februari 2022 selepas hampir 800 pelanggan OCBC kehilangan S$13.7 juta kesemuanya...





