NEW YORK: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) Jumaat ini.
Beliau pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah itu. Ia masjid pertama di kota New York, yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dibuka pada 25 September...





