Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan memerlukan syarikat pencetak yang dilantik bagi kad undi pilihan raya memperketat jaminan mutu, selepas 9,822 pengundi di GRC Tanjong Pagar menerima dua kad undi bagi pilihan raya presiden baru-baru ini. Menteri Pendidikan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, memberitahu Parlimen pada Isnin (18 Sep) bahawa untuk mencegah kesilapan sedemikian pada...





