Pengunjung Jewel di Lapangan Terbang Changi boleh menikmati pameran percuma yang mendokumentasikan bagaimana Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, menjadikan Lapangan Terbang Changi sebagai hab penerbangan bertaraf dunia yang wujud sekarang.
Untuk menandakan ulang tahun kelahiran ke-100 mendiang, pameran itu akan berlangsung hingga 30 September, di Cloud9 Piazza, yang terletak di tingkat lima Jewel, Lapangan Terbang Changi.





