Laporan awal nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor, dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia mengetepikan kerosakan enjin atau ketidakupayaan juruterbang sebagai punca kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos lalu.
Berdasarkan laporan itu, tiada sebarang penemuan objek asing atau bulu burung pada komponen enjin pesawat jet Hawker Beechcraft 390 Premier 1, yang terhempas sebelum terbakar dalam kejadian itu.





