Komposer dan penyanyi Ajai enggan masuk campur dan menganggap perselisihan faham antara bekas isterinya, Nourul Wahab dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah sebagai normal dan tak perlu diperbesarkan.
Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 48 tahun, memaklumkan konflik antara Nourul dengan Ayu bukanlah perkara baru kerana ia pernah beberapa kali terjadi sebelum ini.





