Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad melawat Britain dari 11 hingga 14 September 2023 atas satu urusan kerja.
Semasa di sana, Encik Zaqy menghadiri Pameran Antarabangsa Pertahanan dan Kelengkapan Keselamatan (DSEI) 2023 di London pada Selasa.





