Sejak dipilih pada 2017 sebagai Presiden ke-8 Singapura, Presiden Halimah Yacob telah menjadi inspirasi dan simbol perpaduan yang kuat untuk seluruh rakyat Singapura menerusi kepimpinannya yang kukuh dan berjiwa rakyat, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Dalam ucapannya semasa majlis perpisahan Puan Halimah pada Rabu di Istana, Encik Lee memberikan penghargaan kepada Puan Halimah atas keupayaannya untuk menyatukan negara...





