KUALA LUMPUR: Polis Malaysia membuka satu kertas siasatan, membabitkan video berkaitan penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu kota Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata ia susulan pihaknya menerima laporan mengenai satu paparan klip video menerusi laman sosial oleh seorang individu yang mengajak orang ramai...





