BENGHAZI (Libya): Pihak berkuasa di timur Libya berkata sekurang-kurangnya 3,000 orang terbunuh dan ribuan hilang, selepas banjir besar melanda bandar Derna berikutan ribut dan hujan lebat.
Encik Ahmed Mismari, jurucakap Tentera Nasional Libya (LNA) yang mengawal Libya timur, berkata dalam satu sidang media televisyen bencana itu berlaku selepas empangan di Derna runtuh, “menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan dengan penduduknya ke laut”.





