ROME (Italy): Pemain tengah Juventus Paul Pogba telah digantung sementara daripada beraksi dalam mana-mana perlawanan kerana kesalahan salah guna dadah.
Tribunal Anti Salah Guna Dadah Kebangsaan Italy (Nado) berkata ujian ke atas Pogba mendapati beliau mempunyai tahap testosteron yang tinggi selepas Juventus menang 3-0 di Udinese pada 20 Ogos.





