PETALING JAYA: Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang bertindak menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen Muar seperti didesak banyak pihak.
Ahli Parlimen Muar itu sebaliknya mencabar pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan untuk meletak jawatan berikutan didakwa gagal mengotakan janji kepada rakyat untuk membanteras rasuah, apabila didakwa membisu mengenai pelepasan tanpa bebas...





