Singapura sebagai sebuah negara telah cuba mewujudkan rangka kerja antipengubahan wang haram yang teguh dan menyeluruh, termasuk mengambil amalan terbaik antarabangsa, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Pendekatan tegas ini diambil Singapura supaya sebagai hab kewangan terkemuka, ia dapat memastikan orang ramai tidak menyalahgunakan sistem kewangannya dan menjadikannya tempat untuk melabur wang haram, tambah beliau.





