Beberapa jalan di sekitar Marina Centre dan kawasan Padang akan ditutup dari 13 September hingga 19 September untuk Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura 2023.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam dan merancang perjalanan mereka lebih awal.





