Sistem klasifikasi baru perumahan awam bertujuan memastikan setiap golongan masyarakat mampu membeli dan memiliki flat dalam estet perumahan yang bersifat inklusif.
Ini dinyatakan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang turut memberi jaminan sokongan dan bantuan akan disalurkan kepada setiap rakyat Singapura dari latar belakang pendapatan yang berbeza untuk memenuhi aspirasi pemilikan...





