Satu kajian seluruh negara bakal dilancar untuk menilai sama ada Singapura boleh memanfaatkan tenaga geoterma untuk menghasilkan kuasa elektrik serta mengenal pasti kawasan sesuai untuk membina loji penghasilan tenaga tersebut, kata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Isnin.
Tenaga geoterma adalah sejenis tenaga yang boleh diperbaharui, dijana daripada takungan panas bumi yang dianggarkan sedalam 2,900 kilometer di bawah permukaan.





