Kemenangan Encik Tharman Shanmugaratnam dalam Pilihan Raya Presiden 2023 adalah suatu kemenangan yang ketara buat meritokrasi dan kehidupan kepelbagaian budaya yang telah lama kekal di Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Dalam satu catatan Facebook yang dikeluarkannya pada Sabtu, Encik Masagos menyifatkan kemenangan Encik Tharman sebagai suatu “mandat yang kuat” untuk beliau menyandang...





