Seorang lagi suspek dalam pergaduhan hotel Orchard Road yang membawa maut dihadapkan ke mahkamah pada Khamis dan didakwa dengan satu pertuduhan merusuh dengan senjata yang boleh membawa maut.
Sashikumar Pakirsamy, 32 tahun, dikatakan anggota kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Concorde Hotel Singapore dan Pusat Beli-belah Concorde sekitar 6 pagi pada 20 Ogos yang mencederakan Encik Mohammad Isrrat Mohd Ismail.





