Satu skim baru bagi menyediakan sokongan kewangan sementara bagi pekerja kini diusahakan untuk memastikan pekerja yang diberhentikan mampu bangkit semula lebih yakin dengan kemahiran yang dipertingkat, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Skim tersebut akan dapat mengurangkan tekanan kewangan individu yang sedang mencari kerja serta membantu mereka menyara hidup keluarga, katanya lagi.





