Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menyangkal beberapa laporan akhbar Malaysia yang mendakwa bahawa sebuah bot Pengawal Pantai Polis (PCG) telah memasuki kawasan perairan Malaysia apabila hendak mendekati seorang nelayan.
Laporan akhbar Sinar Harian dan Berita Harian Malaysia (BHM) mendakwa bot PCG itu telah memasuki perairan Malaysia dan menuju ke arah jala yang ditebarkan sebuah bot nelayan Malaysia.





