Singapura perlu mengalihkan tumpuannya dalam penjagaan kesihatan daripada penjagaan kuratif kepada penjagaan pencegahan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad merangkap Menteri Kedua Kesihatan.
Langkah itu perlu bagi memperkukuh keluarga dan masyarakat untuk membolehkan individu berkembang maju dan kekal sihat apabila permintaan penjagaan kesihatan semakin meningkat.





