Setelah sekian lama payah mencari filem Hindustan yang menepati cita rasa dan benar-benar mampu membuat anda terpaku pada layar pawagam, Gadar 2, yang dijayakan wira aksi Bollywood, Sunny Deol, berjaya membuat penulis tersenyum gembira.
Ia adalah filem dengan bahan ‘secukup rasa’ yang lengkap dengan adegan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak, babak romantis wira dan wirawati yang sama cantik, sama padan serta...





