SYDNEY: Tiket perlawanan separuh akhir Piala Dunia Wanita bagi peminat England duduk di kawasan khas untuk penyokong pasukan Lioness itu sahaja dilaporkan dibeli oleh penyokong Australia setelah kod unik tiket itu dibocorkan dalam media sosial.
Dengan kesukaran mendapatkan tiket bagi kebanyakan perlawanan Piala Dunia Wanita ini, dan ketidakupayaan wadah jualan semula Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memenuhi permintaan tinggi,...





