Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan berucap di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2023 pada 20 Ogos ini, yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio Drive.
Encik Lee akan memulakan ucapan dalam bahasa Melayu (6.45 petang), diikuti dengan bahasa Mandarin (7 petang) dan seterusnya bahasa Inggeris pada 8 malam.





