Tirai 2023 belum lagi dilabuhkan dan masih banyak lagi konsert untuk disaksikan hingga penghujung tahun ini.
Sungguhpun begitu, ramai yang menghabiskan masa mereka di Teater The Star yang bertempat di Buona Vista pada malam sebelum Hari Kebangsaan, Selasa lalu, menganggap konsert jelajah Asia, The Hitman David Foster And Friends Asia Tour, yang dibawakan Midas Promotions, adalah konsert terbaik tahun ini...





