Amat penting untuk mempunyai seorang Presiden yang memahami kepentingan rizab negara dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun bekerja di Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), kata mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, yang berhasrat bertanding dalam pilihan raya presiden.
Seorang Presiden bertanggungjawab diperlukan untuk memastikan rizab yang dikumpul menerusi tiga generasi lalu tidak musnah atau disalah guna, tambah Encik Ng semasa...





