Nazariah Nasir
Perjalananku dari Rome ke Singapura tanpa henti mengambil masa kira-kira 12 jam. Jenuh dan lenguh. Kaki mula semut-semut! Duduk, bangun dan tidur semula. Terjaga semula bangun lalu makan dan selepas itu pergi ke tandas! Sungguh membosankan dan terlalu lama kurasakan penerbanganku kali ini.





