Peranan ketua pegawai pelaburan (CIO) Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) atau mana-mana institusi pelaburan adalah sama penting, jika tidak, lebih penting daripada peranan ketua pegawai eksekutif (CEO) organisasi itu, kata mantan CIO GIC, Encik Ng Kok Song.
Beliau bertanggungjawab melakar dan mengetengahkan cadangan pelaburan kepada lembaga pengarah GIC dan memastikan organisasi itu meraih keuntungan, kata Encik Ng lagi, semasa bertemu media...





