Tidak dapat dinafikan menghasilkan album mini terkininya, Sitism yang memuatkan lapan lagu bukan sesuatu yang mudah apabila suaranya tidak sihat dek virus Covid-19.
Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya mampu bersyukur apabila album tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang memuji akan mutu karya yang disajikan.





