Walaupun sudah berpengalaman hampir dua dekad dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), sifat beliau yang dahagakan ilmu pengetahuan dan ingin terus mempertingkat diri jelas terserlah.
Maka tidak hairanlah Kapten (2) Mohamed Riduan Mohamed Akbar, 40 tahun, merebut peluang kembali ke sekolah tiga tahun lalu untuk melanjutkan pengajiannya meskipun sudah sekian lama meninggalkan sekitaran tersebut.





